Matang

Salam sahabat2 yg dirahmati Allah SWT sekelian,

*SEMBILAN (9) TANDA KEMATANGAN DALAM KEHIDUPAN*

1. Kita berhenti dari menilai dan menghukum orang lain, tetapi lebih fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima pandangan orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu untuk taksub.

3. Kita berani ‘melepaskan’ kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti untuk mengharap dan meminta dari orang lain. Tetapi, kita mula untuk memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah untuk meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapatkan ‘ikhlas’. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak mudah tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti dari menunjukkan kepandaian, kehebatan lebih banyak ‘amal dan bahawa diri kita ini lebih tahu. Tetapi, kita mula mengakui kepandaian, kebaikan, pengetahuan, ‘amalan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti untuk membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Tetapi, kita membandingkan nasib diri kita yang semalam dengan hari ini. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh membezakan antara ‘kehendak’ dan ‘keperluan’. Lalu, mengutamakan ‘keperluan’ dari ‘kehendak’.

9. Kita berhenti dari meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita akan lebih menikmati ‘rasa kopi’ dari menikmati ‘cantiknya cawan’.

*Antara petunjuk yang kita sudah mencapai sembilan (9) tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk bahawa diri kitalah yang terbaik.* _*Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.*_

*Allahu A’lam… Semoga Bermanfaat*