Join WhatsApp group.

https://chat.whatsapp.com/JUSJr3qMijPEV9l0eZKiZK

Advertisement

Sejuk.

Sejuk hati baca ni…

Virus itu keadaanya sentiasa bertasbih kepada Allah.

Sesiapa yang dijangkitinya adalah yang telah ditetapkan oleh Allah.

Tanpa izin Allah, tidak akan ada sesuatu pun yang akan mudarat.

Sesiapa yang meninggal dunia kerananya, pasti yang telah ditetapkan Allah meninggal keranaNya pada waktu yang telah ditetapkanNya.

Ingatlah, tanpa dijangkitinya pun, kita juga pasti akan didatangi Malaikat Maut atas perintah Allah.

Lalu apa yang harus kita lakukan? Apakah kita harus panik?

Jangan!!! Panik tidak menyelesaikan masalah. Renunglah kenapa Allah menjadikan takdir ini.

Perbaikilah amalan kehidupan kita dan patuhilah syariat Allah.

Perbanyakkanlah berdoa kerana virus ini tidak akan menyentuh kita tanpa izin daripada pemilik diri kita.

Tubuh kita ini milik Allah. Bukan milik kita. Tubuh kita ini sedikit pun tidak akan terluka sedikit pun tanpa izin pemiliknya. Tubuh ini tidak bisa mati tanpa izin pemiliknya.

Oleh itu, apabila mendengar berita corona, yang harus diingat bukanlah virusnya, tetapi Pencipta, Penguasa dan Pemilik segala-galanya iaitu Allah swt.

Belajarlah bertenang. Kalau kita terlalu sibuk dengan virus, terlalu sibuk dengan Wuhan, terlalu sibuk dengan teori konspirasi, ia tetap tidak akan menghalangi kekuasaan Allah untuk mentakdirkan kemudaratan dengan iradatNya.

Yang paling penting adalah zikrullah. Mengingati Allah. Melihat kekuasaan Allah melampaui kemudaratan yang sedang kita alami.

Tanpa virus pun kita semua pasti akan mati. Mati husnul khotimah atau mati sebaliknya.

Kita telah ditakdirkan hidup dalam waktu pandemik. Kita telah ditakdirkan hidup dalam ketakutan terhadap virus corona.

Namun, bahaya terbesar dalam kehidupan kita yang tidak kita sedari adalah tidak tersambungnya hati, fikiran dan sikap kita dengan Allah.

Itulah yang membuatkan kita susah untuk bersikap sabar dan redha menerima takdir yang menimpa kita atau keluarga atau sahabat taulan kita.

Jangan terlalu takut dengan masalah. Semua masalah sepenuhnya ada dalam genggaman Allah dan terjadinya pun dengan izin Allah.

Allah menciptakan masalah bagi kita supaya kita dekat denganNya. Supaya kita makin banyak sujud dan semakin banyak menunduk dihadapanNya.

Allah suka hambaNya menyebut-nyebut namaNya. Allah suka hambaNya memohon merayu kepadaNya. Allah suka hambaNya bersimpuh sujud menghiba pertolongan daripadaNya.

Itulah yang sebetulnya…

Yang menjadikan hidup kita ini bernilai adalah apabila hidup kita ini sentiasa terhubung dengan Allah Yang Maha Esa..